Pisang!!..sejenis buah yang biasa kita sebut..nama saintifiknya ialah Musa Parasidiaca L.. berbentuk panjang dan berwarna hijau kepada kuning bila dah masak..
Pisang ni ade banyak jenis..pisang nipah,tanduk,berangan,Cavendish,nangka,awak,mas,raja dan banyak lg..
Penyediaan kawasan tanaman utk pisang ni tak berapa susah..kawasan tanah jangan terlalu curam..20 darjah kebawah adalah kawasan yang sesuai..tanah rata lg baik..pokok tak mudah tombang..saliran air pun kene ambik kira..jangan bertakung..ia boleh mengundang penyakit kepada pokok.. lepas tanah dibajak..baru buat baris kemudian buat lubang.. laluan-laluan juga perlu untuk kemudahan utk musim menuai kelak..fikir-fikirkan...
Terdapat 3 cara pembiakan benih pisang.
1. Pembiakan secara tampang
Menggunakan sulur pedang berbentuk kon dan berdain tirus serta mempunyai umbisi yang besar. Kaedah ini banyak diguna pakai ramai kerana mudah dan murah..
2. Pembiakan quartering
Melalui umbisi pisang yang mempunyai mata tunas. Keratkan umbisi kepada 4-5cm dan rendam dalam bancuhan racun serangga + racun kulat +hormon galak akar
3. Pembiakan tisu didik
Dibiak secara in-vitro dari induk terpilih. Pembiakan cara ini dapat menghasilkan mutu yang seragam.
Cara menanam seperti yang dicadangkan adalah sediakan lubang yang digali berukuran 30cmx30cmx30cm dan masukkan 100g baja fosfat(CIRP),100g kapur,100g baja NPK8:8:8, 25g carbofuran dan 0.5kg baja organic. Kemudian benih ditanam..sebulan kemudian gunakan baja NPK15:15:15 dan seterusnya..baja organic juga boleh digunakan
Penjagaan pisang adalah mudah.pelepah daun yang tua perlu dicantas dari peringkat awal penanaman bagi mengelakkan penyakit. Gunakan kayu atau buluh sebagai tongkat bagi tujuan menyokong beban buah yang berat..
Apabila kelihatan kulit pisang tegang dan jalur petak pada buah tidak kelihatan..maka pisang sedia dituai.
Disediakan oleh : PakLong
No comments:
Post a Comment