pisang

baru!!! koleksi e-book infotani yang padat.. dapatkan sekarang!!!

Saturday, February 19, 2011

Pisang dan tanaman sampingan..


Emmm...boleh tahan la jugak...alhamdulilah.. ni pisang nipah,berat tandan ni 20kg.. sekilo aku jual RM1.50.. murah kan!..


hehe.. jgn terkejut. ni bukan bom.. ni labu daa..saje2 tanam tuk sampingan..ni pun bapak aku yang tanam celeh2 pokok pisang..ok la gak..de gak hasil..

Wednesday, February 16, 2011

Perosak no.1


Gerammmmm....de perosak dah masuk kebun aku... tengoklah ni...pokok yang tengah berbuah pun patah..
daun anak2 pokok pun kene tibai...anak2 pokok yang kecik2 abih tercabut..agak2 korang binatang pe punyer kerja ni????...


Hah...ni lah binatangnye...lembu...ya lembu... ni baru 2 ekor je yang pakcik aku dapat tangkap... tah sapa punyer lembu tah.. main lepas jer.. abih tanaman aku kene tibai...yang aku geram ni...siapalah tuan punyer lembu yang bengong cam lembu ni...aku jual gak binatang ni kang!...emmm...nak beli?..

Friday, February 11, 2011

Ribut vs pisang


Inilah akibat tak ditongkat dgn kayu..pisang nipah pun rebah..ribut vs pisang..pisang la kalah..tapi kalau bertongkat, mungkin blei  bertahan.. dah tumbang...alamat aku cincangkan aje..

       


Antara yang terselamat kerana bertongkat..
Disediakan oleh : PakLong

Wednesday, February 9, 2011

Jom kenali pisang..


Pisang!!..sejenis buah yang biasa kita sebut..nama saintifiknya ialah Musa Parasidiaca L.. berbentuk  panjang dan berwarna hijau kepada kuning bila dah masak..
Pisang ni ade banyak jenis..pisang nipah,tanduk,berangan,Cavendish,nangka,awak,mas,raja dan banyak lg..
Penyediaan kawasan tanaman utk pisang ni tak berapa susah..kawasan tanah jangan terlalu curam..20 darjah kebawah adalah kawasan yang sesuai..tanah rata lg baik..pokok tak mudah tombang..saliran air pun kene ambik kira..jangan bertakung..ia boleh mengundang penyakit kepada pokok.. lepas tanah dibajak..baru buat baris kemudian buat lubang.. laluan-laluan juga perlu untuk kemudahan utk musim menuai kelak..fikir-fikirkan...

Terdapat 3 cara pembiakan benih pisang. 

1.       Pembiakan secara tampang
Menggunakan sulur pedang berbentuk kon dan berdain tirus serta mempunyai umbisi yang besar. Kaedah ini banyak diguna pakai ramai kerana mudah dan murah..



2.        Pembiakan quartering
Melalui umbisi pisang yang mempunyai mata tunas. Keratkan umbisi kepada 4-5cm dan rendam dalam bancuhan racun serangga + racun kulat +hormon galak akar




3.       Pembiakan tisu didik
Dibiak secara in-vitro dari induk terpilih. Pembiakan cara ini dapat menghasilkan mutu yang seragam.


Cara menanam seperti yang dicadangkan adalah sediakan lubang yang digali berukuran 30cmx30cmx30cm dan masukkan 100g baja fosfat(CIRP),100g kapur,100g baja NPK8:8:8, 25g carbofuran dan 0.5kg baja organic. Kemudian benih ditanam..sebulan kemudian gunakan baja NPK15:15:15 dan seterusnya..baja organic juga boleh digunakan

Penjagaan pisang adalah mudah.pelepah daun yang tua perlu dicantas dari peringkat awal penanaman bagi mengelakkan penyakit. Gunakan kayu atau buluh sebagai tongkat bagi tujuan menyokong beban buah yang berat..


Apabila kelihatan kulit pisang tegang dan jalur petak pada buah tidak kelihatan..maka pisang sedia dituai.

Disediakan oleh : PakLong