pisang
baru!!! koleksi e-book infotani yang padat.. dapatkan sekarang!!!
Saturday, August 27, 2011
kuasa ALLAH swt.
saje nak kongsi tengok gambor pisang kembar ni..pisang kembor atau melekat camni kekeadang biasa kite jumpe..tapi tak terpikir plak tentang kuasa allah yang menjadikan alam..korang blei buat pisang jadi camni? tak blei kan.. so kite renung2kan..selamat beramal dan selamat menjalani ibadah puasa..pastu selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir batin kalau2 de tesalah tulis..
Lembu ah lembuuuu...
sapa punya lembu ni!!!! lembu tu lembulah..yg tuan nyer pun lembu gak pahalll..aku dah naik malas naj tanam lg..hari ni tanam.. sok sok jahanam.. penat badan jek..nak jek aku jual time nak raye ni..emmm harammmm..
dah kepong pun jahanam gak.. pagar pun kene langar gak..
Sunday, June 12, 2011
aktiviti selain berkebun..
burung apa?..burung murai...burung apa?...burung murai...
specis burung yang riuh berbunyi..nak2 time nak hujun...burung kaki gaduh ni yang bestnye tang bunyi suara merdunya..bersiul2.. emm..bapak aku suke tangkap burung ni..maklumlah.. ramai kawan kaki burung..boss die pun same..haha.. ngan aku-aku skali tejebak..tapi aku bele burung hantu..haha tak caye?..
ni la alat tuk tangkap burung murai ni..org pangil 'jebak'.. ni design bapak aku yang buat..yang penting berhasil..kekadang sampai dua ekor masuk..pasaran murai ni pun blei tahan gak.. bergantung pada kualiti burung dan tahap gila kaki burung gak.. ade yang sampai beribu ringgit..tak caya lagi?..tapi biasa bapak aku jual lebih kurang harga kawan-kawan jek...bapak aku ni pemurah skit..dalam hati de taman..
haha sorry father!.. kalau korang berminat nak dapatkan jebak cam ni..call aku tuk tempahan..
Monday, June 6, 2011
petua pisang berbuah serentak
pokok berusia 21 hari ..sedia dipindahkan. |
pokok berusia 2 bln... |
tau tak camne nak bagi pisang berbuah serentak supaya tuai pun beli serentak.. ok..sarjan aku ni org pontian, die pun de tanam pisang tanduk emm setau aku de 4 ekar tanaman pisang die usahakan.. pendek cerita, dia de bg satu teknik untuk pisang berbuah serentak yang bolei diguna pakai.. caranya, bila pokok pisang tumbuh setinggi kebih kurang 1 1/2 meter, kite tebang bahagian atas tuk semua pokok supaya pokok boleh keluar daun baru dan meneruskan proses tumbesarannya dan akan mengeluarkan buah dengan serentak..emmm.. nanti aku de masa aku nak melawat kebun dia..tengok dan pelajari teknik ni..
petue lain..semasa menanam benih pisang, tanam secara baringkan benih, tujuannya ialah benih akan mengeluarkan daun baru dan berbuah serentak..
minggu ni hujan blei tahan lebat la jugak..petang baru berenti hujan..so tak la banyak kerje yg blei buat cuma sempat sampul pisang jek..ni bapak kesayangan aku 'Pak Usup'..tangga tu pun kiteorang buat time tu gak..haha bedal je lah, janji kerja siap..betul tak!..
pisang tanduk ni dah tua..emm tengok pokok pun dah nak abis daun..lg seminggu dua ni bleh tebang dah.. pisang tanduk ni kalau nak buah cantik dan menarik, kene sampul buahnya..
Saturday, May 7, 2011
pisang lang..goreng pun sedappp..
Pisang lang..macam pisang tanduk..tapi kecik skit.. de 2 sisir dan 15 -20 biji setandan..sedap digoreng dan dibuat kerepek pisang.. emm..raya tahun depan blei le aku buat kerepek haha..
Monday, March 28, 2011
cili fertigasi
akan datang...sebenarnya aku berpengalaman dalam penanaman cili secara fertigasi dan berpengalaman gak kene tipu hidup-hidup dengan segelintir hamba allah yang hampeh..banyak gak kursus-kursus yang aku ikuti..ngan pertubuhan peladang pun aku ikut..tapi camne terer pun teori yang aku belajar..praktikal adalah paling penting..so tunggu la yer..kite kongsi pendapat..zzzzzz..
Thursday, March 24, 2011
hasilnya...pisang tanduk!
sorry lame tak update blog ni...ni pasang tanduk yang aku tanam depan rumah.anak aku suka sangat tengok pisang besar sangat..maklumlah first time tengok..budak-budak la katakan..
pisang ni aku bungkus dengan plastik supaya kelihatan cantik..tapi de crite yang tak diduga...haha.. masa aku mula bungkus de 8 biji pisang.. tapi masa aku tebang,,tinggal 7 bili jek..haha sebiji kene curi daaa.. aku rasa mesti de orang teringin la tu..maybe cam crite lancang kuning...emmm takpe aku halalkan..cu cara ambik tu tak cantik la kan..
Saturday, March 5, 2011
cara-cara pembiakan pisang tanduk
Anak Pisang tanduk ni jenis yang lambat nak besar..tunas banyak di sekeliling induk pokok.. so aku guna cara cam yang aku nak tunjukkan kat korang ni..rasanya lagi senang aku kot.. cara-caranya:
K korek umbisi dari induk, pastikan umbisi yang dikorek tu cukup besar la gak..lebih kurang la..
Pastu..bersihkan umbisi dari kotoran tanah dan sebagainya.Buang semua akar dengan pisau dan berus skit biar bersih.
1. Sediakan air panas 50 darjah, dan rendamkan benih selama 10- 20 minit supaya cacing namatod dan organism lain mati..ni cara budget laa..atau boleh direndam dengan air bancuhan racun kulat dan racun serangga..
Kemudian, sapu skit hormone pengalak akar dan tanam dalam polybeg atau taman terus pun bleh..
Lepas 21 hari, benih mula keluar daun..pastikan pokok disiram 2 kali sehari..tapi aku siram malam sekali jek..maklumlah aku kerja gi pagi blik malam..tapi jadi gak..
Tuesday, March 1, 2011
Perangkap Lalat buah
perangkap tuk lalat buah.. tau tak lalat buah adalah sejenis serangga perosak buah pisang..serangga ni menyerang buah yang matang, pastu buah yang masak akan de ulat.. kesan kene serang, akan ada tanda bintik hitam pada buah..boleh menjejaskan kualiti buah.. cara buat perangkap ni mudah sangat..guna botol kosong cam dalam gambar ini..letak air dan umpan maka lalat buah akan terperangkap dalam botol dan mati dalam air..teknik fertigasi pun guna perangkap ni.. nak tau lanjut blei berguru ngan aku..hahaha.. freee jekk..
Kemarau d'sg.tiram
Dah 3 minggu tak hujan kat area sungai tiram ni...last ujan tu banjir sampai tanah runtuh..sekarang ni kemarau plak.. nak buat camne, kuasa Allah.. so aku tak sangat berkebun coz tanah pun dah cam batu..emm lembu-lembu pun berpesta sakan lee...
Saturday, February 19, 2011
Pisang dan tanaman sampingan..
Emmm...boleh tahan la jugak...alhamdulilah.. ni pisang nipah,berat tandan ni 20kg.. sekilo aku jual RM1.50.. murah kan!..
hehe.. jgn terkejut. ni bukan bom.. ni labu daa..saje2 tanam tuk sampingan..ni pun bapak aku yang tanam celeh2 pokok pisang..ok la gak..de gak hasil..
Wednesday, February 16, 2011
Perosak no.1
Gerammmmm....de perosak dah masuk kebun aku... tengoklah ni...pokok yang tengah berbuah pun patah..
daun anak2 pokok pun kene tibai...anak2 pokok yang kecik2 abih tercabut..agak2 korang binatang pe punyer kerja ni????...
Friday, February 11, 2011
Ribut vs pisang
Inilah akibat tak ditongkat dgn kayu..pisang nipah pun rebah..ribut vs pisang..pisang la kalah..tapi kalau bertongkat, mungkin blei bertahan.. dah tumbang...alamat aku cincangkan aje..
Antara yang terselamat kerana bertongkat..
Disediakan oleh : PakLong
Wednesday, February 9, 2011
Jom kenali pisang..
Pisang!!..sejenis buah yang biasa kita sebut..nama saintifiknya ialah Musa Parasidiaca L.. berbentuk panjang dan berwarna hijau kepada kuning bila dah masak..
Pisang ni ade banyak jenis..pisang nipah,tanduk,berangan,Cavendish,nangka,awak,mas,raja dan banyak lg..
Penyediaan kawasan tanaman utk pisang ni tak berapa susah..kawasan tanah jangan terlalu curam..20 darjah kebawah adalah kawasan yang sesuai..tanah rata lg baik..pokok tak mudah tombang..saliran air pun kene ambik kira..jangan bertakung..ia boleh mengundang penyakit kepada pokok.. lepas tanah dibajak..baru buat baris kemudian buat lubang.. laluan-laluan juga perlu untuk kemudahan utk musim menuai kelak..fikir-fikirkan...
Terdapat 3 cara pembiakan benih pisang.
1. Pembiakan secara tampang
Menggunakan sulur pedang berbentuk kon dan berdain tirus serta mempunyai umbisi yang besar. Kaedah ini banyak diguna pakai ramai kerana mudah dan murah..
2. Pembiakan quartering
Melalui umbisi pisang yang mempunyai mata tunas. Keratkan umbisi kepada 4-5cm dan rendam dalam bancuhan racun serangga + racun kulat +hormon galak akar
3. Pembiakan tisu didik
Dibiak secara in-vitro dari induk terpilih. Pembiakan cara ini dapat menghasilkan mutu yang seragam.
Cara menanam seperti yang dicadangkan adalah sediakan lubang yang digali berukuran 30cmx30cmx30cm dan masukkan 100g baja fosfat(CIRP),100g kapur,100g baja NPK8:8:8, 25g carbofuran dan 0.5kg baja organic. Kemudian benih ditanam..sebulan kemudian gunakan baja NPK15:15:15 dan seterusnya..baja organic juga boleh digunakan
Penjagaan pisang adalah mudah.pelepah daun yang tua perlu dicantas dari peringkat awal penanaman bagi mengelakkan penyakit. Gunakan kayu atau buluh sebagai tongkat bagi tujuan menyokong beban buah yang berat..
Apabila kelihatan kulit pisang tegang dan jalur petak pada buah tidak kelihatan..maka pisang sedia dituai.
Disediakan oleh : PakLong
Subscribe to:
Posts (Atom)