pisang

baru!!! koleksi e-book infotani yang padat.. dapatkan sekarang!!!

cili fertigasi



Assalamualaikum..sorry lame tak edit blog ni...tentang cili ni aku cume nak kongsi maklumat sesame korang.. ni lah kebun cili aku kat tiram..aku berpengalaman dalam teknik fertigasi yang skarang ni banyak petani-petani  buat..kat kebun aku cume buat 500 pokok jek..maklumlah tanah pun tumpang kat pakcik aku yang baik hati.. banyak gak kursus-kursus yang aku ikut..kene tipu pun de gak..so dalam blog ni aku crite skit-skit tentang cili fertigasi secara ringkas..jom


 TAKRIF FERTIGASI



Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak
kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi
adalah sabut kelapa atau sekam bakar atau pasur halus, tanpa penggunaan tanah. Pokok
mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara
berkala.






ALATAN ASAS FERTIGASI



  1. Penitis / Dripper
  2. Tiub Mini
  3. Penyambung Tiub Mini
  4. Paip poli 16mm
  5. Paip poli 25mm / 32mm
  6. Penapis
  7. Pam Elektrik
  8. Pengatur Masa Elektronik
  9. Tangki


PEMILIHAN BIJI BENIH
Benih yang digunakan dalam teknik fertigasi dipilih daripada varieti yang
berkualiti tinggi. Pada masa sekarang, benih Cili Kulai 568 F1 Hibrid menjadi
pilihan para petani kerana buahnya agak besar dan pokok sederhana
tinggi. tetapi terdapat banyak varieti berkualiti yang terdapat di kedai-kedai pertaniaan.


PENYEDIAAN ANAK BENIH
Biji benih dirawat sebelum disemai ke dalam dulang semaian yang diisi
dengan peatmoss. Peatmoss digunakan kerana mempunyai kandungan
baja dan keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih.
Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yang
biasa digunakan untuk tanaman cili secara fertigasi adalah 16” x 16” dan
berwarna putih.



PEMBAJAAN

Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.
Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat, Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).  

Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya mendakan. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja
yang akan dialirkan ke dalam polibeg.

Sebagai baja tambahan, Baja Foliar boleh digunakan dengan teknik semburan. dan hormon pengalak seperti Atonik juga boleh digunakan.


PENJAGAAN POKOK

Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang atau sokongan seperti tali untuk mengelakkan pokok daripada tumbang jika angin kuat. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu dahan.

cili varieti Hot Sun 901 F1 & cili padi varieti 123 F1

Tunas-tunas air  dan daun-daun tua atau rosak perlu dibuang. bagi teknik terbuka polibeg perlu di ikat bertujuan mengurangkan pendedahan air hujan berlebihan bagi mengelakkan baja terlalu cair dan juga mengelakkan serangan penyakit.

Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang
tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.

MERACUN

Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat. Memandangkan media tanaman yang digunakan adalah bebas daripada penyakit bawaan tanah, maka pokok cili mendapat penyakit hanya
daripada serangan serangga, ulat dan kulat. Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili:

1. Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun.
2. Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.

MEMUNGUT HASIL




Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah. Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada bilangan pokok. Jika kurang daripada 2,000 pokok, buah cili dipungut setiap 2-3 hari sekali selepas masak pada kali pertama. Anggaran hasil setiap kali pungutan
untuk keseluruhan 2,000 pokok adalah 30kg. Walau bagaimanapun, jika lebih daripada 3,000 pokok, buah boleh dipungut setiap hari. Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elok
untuk dijual. Secara purata, sepohon pokok cili dapat menghasilkan kira-kira 2.5kg hingga 3 kg buah yang elok sepanjang hayat pokok tersebut. Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut:

1. Semasa buah masih hijau
2. Semasa buah sedikit kemerahan
3. Semasa buah sudah merah

Buah yang berwarna sedikit kemerahan akan bertukar merah selepas beberapa hari dipungut. Buah yang sedikit kemerahan ini lebih disukai pemborong kerana tahan lama. Buah hijau dan buah merah boleh dijual terus kepada kedai makan.